Reka bentuk kajian ini lebih bersifat deskriptif. Sampel kajian terdiri daripada 17 orang murid kelas pemulihan jawi dari sebuah sekolah rendah di bandar Sarikei, Sarawak. Tidak dinafikan terdapat juga huruf-huruf yang tidak dapat dikuasai kerana tidak diajar dalam sukatan. Antara dapatan kajian, menunjukkan bahawa murid pemulihan sudah mempunyai pengetahuan yang baik dalam mengenal, membaca dan menulis huruf-huruf yang dikaji. Pemilihan 38 huruf ini adalah berdasarkan pengetahuan sedia ada murid yang sudah mengenali huruf-huruf hija'iyyah yang dipelajari dalam pembacaan Iqra' samada mengaji Quran di rumah, prasekolah atau mata pelajaran Asuhan Tilawah Al-Quran Tahun Satu sekolah rendah. Kajian ini menguji 38 huruf tunggal jawi berbanding sukatan pemulihan jawi program j-QAF yang hanya mengambil 19 huruf sahaja. Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap penguasaan dalam aspek mengenal, membaca dan menulis huruf – huruf tunggal jawi dalam kalangan murid Tahun Satu, kelas pemulihan jawi program j-QAF.
0 Comments
Leave a Reply. |